NADI x Kidpreneur - Webinar: Pengenalan Kepada Keusahawanan
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2025, Sabtu, seorang komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai NADI x Kidpreneur - Webinar: Pengenalan Kepada Keusahawanan yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 petang di platform Zoom sebagai medium webinar.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pendedahan tentang maksud keusahawanan dan menerangkan perbezaan usahawan dengan perniagaan serta ciri-ciri usahawan. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).
Diharapkan dengan adanya webinar ini dapat membantu dalam pencarian ikon usahawan cilik NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: